umpama bintang di angkasa,
mahu digapai oleh tangan-tangan manusia,
namun ia hanya sia-sia,
kerana kau berada jauh di atas sana....
Aku...
hanya insan biasa,
tidak betah mengharap perkara,
yang tidak mungkin akan tiba,
yang tidak mungkin akan menjelama..
Kau....
mampu menggoyahkan jiwa,
membuatkan daku sengsara
menunggu lahirnya sebaris kata,
yang menyakinkan segala prasangka....
Aku....
hanya menjeruk rasa,
menunggu tibanya masa,
detik yang membuatkan aku gembira,
seperti bulan memancarkan cahayanya.....
Kau....
bilakah tarikhnya,
kamu akan berbicara,
melancarkan romantisnya kata,
mengakhiri sebuah derita rasa......
No comments:
Post a Comment